Oleh
Hanim Mohd Saleh
APABILA Hady Mirza membawakan lagu Berserah dalam pertandingan Asian Idol pada Sabtu lalu, tidak orang lain yang lebih terharu dan bangga daripada penggubah dan penyanyi asal lagu itu sendiri, Taufik Batisah.
'Bulu roma saya meremang apabila Hady membawakan lagu itu. Saya berasa sangat bangga kerana lagu saya dinyanyikan di persada peringkat serantau yang disaksikan jutaan penonton.
'Tak perlu saya berada di pentas itu kerana melihat Hady me- nyanyi dengan baik sudah cukup memuaskan hati saya. Apatah lagi beliau menang,' kata Taufik ketika dihubungi wartawan.
Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersiap-siap mengemaskan pakai- annya untuk berangkat ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
Tetapi tidakkah beliau terkilan kerana gelaran Asian Idol bukan miliknya, sedangkan kemungkinan kemenangan juga berpihak kepadanya jika beliau yang dipilih untuk mewakili Singapura? Kata Taufik, keputusan untuk menghantar Hady adalah keputusan yang dipersetujui semua pihak di syarikat pengurusannya di Hype, termasuk beliau sendiri.
Ternyata, Ken Lim dan anak- anak buahnya mengatur strategi tersendiri. Yang nyata, biarpun Taufik tidak ke sana, namanya turut disebut-sebut kerana lagu Berserah yang didendangkan Hady.
'Kemenangan Hady boleh membuka laluan kepada lebih ramai bakat tempatan termasuk penggubah untuk mengembangkan bakat di Asia,' ujarnya.
Sementara Taufik sendiri, hampir tak menang tangan untuk memenuhi banyak undangan, termasuk permintaan yang semakin meningkat di Kuala Lumpur.
Berikut adalah komen pengkritik Asian Idol mengenai kemena- ngan Hady:
Paul Moss
'Keputusan yang agak meme- ranjatkan, namun kita tidak boleh menyalahkan khalayak kerana mempunyai hak untuk memilih siapa yang mereka mahu. Dalam pertandingan ini saya melihat ada tiga peserta yang mempunyai kelebihan untuk memenangi hati penonton menerusi penampilan mereka.
'Asian Idol umpama pertembu- ngan antara tiga peserta yang mempunyai rupa dan tiga peserta yang memiliki vokal hebat. Hady mempunyai kelebihan kerana wajahnya enak dilihat ketika me- ngadakan persembahan. Mungkin kemampuan suaranya terhad tetapi persembahannya tidak terlalu mengecewakan.'
Anu Malik
'Mike dan Jac mempunyai suara yang baik tetapi saya suka dengan sikap Hady ketika membuat persembahan. Dia terlalu selamba, malah seperti tidak kisah jika kemenangan berpihak kepada- nya atau sebaliknya. Mungkin ke- rana itu dia menjadi pilihan penonton. Lagipun saya percaya setiap orang mempunyai harinya dan hari ini adalah milik Hady Mirza.'
Indra Lesmana
'Khalayak di Indonesia sudah mula menyukai Hady selain peserta negara sendiri, Mike. Itu yang memberi kelebihan kepadanya untuk meraih undian besar pada pertandingan ini. Dari awal saya yakin dia akan memperoleh undian yang tinggi dan ia terbukti pada malam ini.'
info berita dari
Cyberita Online