Oleh
Hanim Mohd Saleh
APABILA Hady Mirza membawakan lagu Berserah dalam pertandingan Asian Idol pada Sabtu lalu, tidak orang lain yang lebih terharu dan bangga daripada penggubah dan penyanyi asal lagu itu sendiri, Taufik Batisah.
'Bulu roma saya meremang apabila Hady membawakan lagu itu. Saya berasa sangat bangga kerana lagu saya dinyanyikan di persada peringkat serantau yang disaksikan jutaan penonton.
'Tak perlu saya berada di pentas itu kerana melihat Hady me- nyanyi dengan baik sudah cukup memuaskan hati saya. Apatah lagi beliau menang,' kata Taufik ketika dihubungi wartawan.
Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersiap-siap mengemaskan pakai- annya untuk berangkat ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu.